Ad deen dinspirasikan dan diasaskan oleh Ts Mohd Mat bin Nor yang merupakan pengerusi kepada Pondok Moden Darulssalam, Changlun ( PMDC ). Beliau adalah pensyarah di Falkulti Kejuruteraan Elektronik dan Teknologi Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) . Menerajui Pondok Moden Darulssalam, Changlun ( PMDC ) untuk berkolaborasi dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) dan Universiti Utara Malaysia ( UUM ) dalam membangunkan portal Ad deen dengan hasrat membantu lebih ramai orang belajar dan mendalami Islam, Iman, Ehsan secara online. Program ini juga mengadakan secara online jika ada keperluan.
Ad deen adalah portal yang membantu orang ramai untuk belajar secara online berkenaan dengan cara hidup islam dari segi makanan,ekonomi dan juga tauhid.Terokai kepelbagaian kursus online yang ditawarkan di dalam portal ini bermula dari kursus Tajwid,Tarannum dan Pembacaan Al-quran dengan betul. Portal ini juga akan memberi kursus-kursus online tentang cara hidup muslim dan muslimah dari aspek Tauhid, Feqah, Personaliti hidup muslim, pemakanan sunnah dan lain- lain berkaitan islam dari semasa ke semasa.Dengan adanya portal Ad deen ini, orang ramai mendapat manfaat sekaligus dapat mencari dan mendalami cara hidup islam dalam pelbagai aspek. Akhir kata, semoga laman portal Ad deen ini menjadi bahan rujukan, sumber inspirasi dan pengetahuan yang mampu membimbing orang ramai pada masa akan datang.